Friday, May 28, 2010

Edit untuk keempat kalinya

Assalamualaikum.


Jumaat. Tengah hari ini saya berseorangan di rumah. Dua orang housemate ke Jam'iyyah Syar'iyyah untuk mendapatkan bantuan kewangan. Seorang lagi pula sentiasa merantau ke sana ke sini. Seronok sebenarnya tinggal seorang. Banyak perkara yang boleh dilakukan tanpa melibatkan orang lain. Kecuali pelaku dan Allah s.w.t. sahaja.


Malam semalam saya tidur dalam keadaan tidak berpuas hati. Bukan kepada manusia, tetapi kepada hasil kerja sendiri. Pada hari Khamis baru-baru ini, saya telah menerima panggilan telefon daripada Ustaz Mustafa, Ketua Pejabat Pendidikan Kuliah Quran. Beliau meminta supaya diubah warna logo kuliah kepada yang lebih terang dan menyerlah.




Terkejut juga semasa menerima panggilan tersebut. Selalunya kalau nama pemanggil tidak tertera, memang tidak akan dilayan. Tapi bila sudah terangkat, kenalah tunaikan permintaan orang. Insya-Allah, nanti Allah akan tunaikan permintaan kita. Khususnya semasa keadaan terdesak.


Selepas fikir dan fikir, akhirnya hanya ini yang dapat saya lakukan. Jus otak ini bagaikan sudah kering pada saat imtihan. Apa boleh buat, semua subjek hauskan minuman pelincir pada saat getir ini. Ke manalah agaknya segala idea kreatif saya telah terbang. Mungkin juga 'mereka' sedang bermain sorok-sorok dengan saya. Mungkin.. ;)










 






Mana yang lebih menarik? 
Saya pun pening...




















Satu subjek telah lepas. Baki lagi 10 subjek. Bagaimanakah keputusan saya pada tahun ini.. Meningkat? Stabil? Atau merosot?


Yang penting, usaha + doa + tawakkal. Insya-Allah, Tuhan tidak akan mensia-siakan usaha hamba-Nya yang tekun dan bertaqwa.


Sekian, wassalam.

No comments: