Wednesday, July 7, 2010

أحبك الله الذي أحببتني له

Assalamualaikum.


Saya sayang kamu kerana Allah. Demikianlah ungkapan yang semakin galak meniti di bibir sesetengah insan walaupun tanpa disusuli dengan tindakan. Bahkan ada yang melafazkannya tanpa memahami betapa besarnya erti lafaz tersebut.

Lewat dua minggu lepas, saya disibukkan dengan urusan bapa saudara saya di Zaqaziq. Setelah hampir lima tahun menangguhkan pelajaran, akhirnya dengan izin dan rahmat Allah s.w.t. dapat juga pakcik saya datang kembali ke Mesir untuk menghabiskan baki subjek beliau. Namun, Allah s.w.t. tidak pernah alpa dalam mengawasi setiap tindak tanduk hamba-Nya. Ujian dan musibah adalah salah satu tanda betapa prihatinnya Allah s.w.t. kepada manusia.