Wednesday, July 7, 2010

أحبك الله الذي أحببتني له

Assalamualaikum.


Saya sayang kamu kerana Allah. Demikianlah ungkapan yang semakin galak meniti di bibir sesetengah insan walaupun tanpa disusuli dengan tindakan. Bahkan ada yang melafazkannya tanpa memahami betapa besarnya erti lafaz tersebut.

Lewat dua minggu lepas, saya disibukkan dengan urusan bapa saudara saya di Zaqaziq. Setelah hampir lima tahun menangguhkan pelajaran, akhirnya dengan izin dan rahmat Allah s.w.t. dapat juga pakcik saya datang kembali ke Mesir untuk menghabiskan baki subjek beliau. Namun, Allah s.w.t. tidak pernah alpa dalam mengawasi setiap tindak tanduk hamba-Nya. Ujian dan musibah adalah salah satu tanda betapa prihatinnya Allah s.w.t. kepada manusia.

Pakcik saya hanya sempat mengambil imtihan bertulis sahaja. Beliau tidak dapat menghadirkan diri pada imtihan lisan disebabkan penyakit lama (Gout) yang kembali menyerang. Bermula selepas tamat imtihan bertulis sehinggalah ke hari beliau pulang ke Malaysia. Hanya terbaring di atas katil. Ke mana-mana bertongkat. Di lapangan terbang berkerusi roda. Hati ini pilu melihat ujian demi ujian yang menimpa beliau. Semoga beliau dikurniakan kesabaran para nabi dan insan pilihan Allah s.w.t.

Alhamdulillah. Sepanjang pakcik saya di sini, Allah s.w.t. telah memberi peluang kepada saya untuk mencurahkan bakti. Saya sempat membantu beliau membeli barang-barang dan beberapa perkara lain di samping membawa Tukang Bekam ke Zaqaziq. Jika dihitung, apalah sangat jasa ini berbanding dengan pengorbanan sahabat saya di Zaqaziq. Sahabat yang sentiasa bersama pakcik saya. Yang jauh lebih banyak berkorban sama ada duit, tenaga, masa, dan segala perkara. Ya Allah, Engkau limpahkanlah rahmat dan berkat Engkau kepada Nik Muhammad Ilhamie bin Nik Mat dan housemates. Murahkanlah rezeki sahabatku ini. Sesungguhnya Engkau telah mempamerkan kepadaku erti sahabat sejati walaupun tanpa kalam.



أن رجلاً كان عند النبي صلى الله عليه وسلم فمر به فقال: يا رسول الله إني لأحب هذا، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم أأعلمته؟ قال: لا. قال اعلمه، فلحقه، فقال: إنّي لأًحٍبُّك في الله، فقال: أحَبَّك اللهُ الذي أحْبَبْتَِني لَهُ 
(رواه ابو داود)




Sebelum saya mengakhiri entry kali ini, saya ingin menyentuh tentang maksud sebenar cinta tanah air (Malaysia). Masih ramai yang belum jelas tentang hal ini. Hakikat cintakan negara ialah kita ingin menjaganya dengan baik. Menjauhkannya daripada segala unsur maksiat dan dosa kepada Allah s.w.t. Menyingkirkan yang mungkar dan mengawamkan yang maaruf. Kita ingin mentadbirnya dengan undang-undang langit (syariat Islam). Supaya segala kemusnahan dan kebinasaan dapat dibanteras serta Islam berjaya dimakmurkan. Itulah erti sebenar cintakan tanah air.


Sekian, wassalam.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

 Hari terakhir imtihan

Kedai Kokka

Kiosk Tongkat

Aneka jenis batu permata

Kedai Permata

Dinner sebelum pulang ke Tanta di El-Chico Mexican Restaurant

Cascabel Ribeye

Dari kanan: Arab Syuun, Mahmud Mustafa, Misbah (sahabat terlalu banyak membantu), Prof. Samy Abdul Fatah Hilal (Dekan Kuliah Quran), Hani Syihatah, Hissain Nail, Ramadhan al-Kuhl.

No comments: