Tuesday, December 21, 2010

Nasyid Kanak-kanak : عند الفجر

 بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 
------------------------
 
عِنْدَ الْفَجْرِ كُنْتُ أُصَلِّي
Pada suatu pagi aku sedang sembahyang
 
أُصَلِّي للهِ تَعَالَى
Aku sembahyang kerana Allah Ta'ala
 
أَذْكُرُ شَوْقاً اسْمَ اللهِ
Kusebut dengan penuh kerinduan nama Allah
 
حُباًًّ إِكْرَاماً إِجْلاَلاً
Dengan penuh kecintaan, kemuliaan, dan penyanjungan



 

Monday, November 22, 2010

Carilah Keberkatan Dalam Setiap Pergerakan Harian

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Keberkatan. Apakah itu keberkatan? Bagaimanakah cara untuk mendapatkan keberkatan tersebut?

Keberkatan ialah suatu perkara yang sering disebut oleh Allah s.w.t. dan kerap digandingkan dengan ketaqwaan.


Firman Allah s.w.t. dalam surah al-A’raaf, ayat 96:

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Ertinya, keberkatan dan ketaqwaan amat sinonim serta saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Iaitu, taqwa dapat mengundang keberkatan dari Allah s.w.t.

Menurut Imam Raghib al-Asfahani dalam kitab beliau المفردات , ba+ra+ka “برك” dari sudut Bahasa Arab merujuk kepada ja+la+sa “جلس” iaitu duduk.

Contoh: بَرَكَةِ الإِبِل – Duduk unta tersebut.

Monday, November 8, 2010

أستغفر الله من الخطايا

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga kupanjatkan kepada-Mu wahai Tuhanku. Syukur kerana Engkau menentukan kelahiranku dalam sebuah keluarga yang amat aku cintai sekarang. Syukur kerana Engkau menjadikan aku anak Ummi Ayahku. Alhamdulillah. Tiada lafaz lain yang mampu kuungkap melainkan alhamdulillah.

Dalam ribut perasaan, aku berperang dengan hati dan nafsu. Aku berbincang dengan impian. Aku menyelam ke dasar dua warisan (al-Quran dan Sunnah). Mencari mutiara ilham. Menjejaki langkah berzaman. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dan alhamdulillah.

Ummi, terima kasih. Intipati kalammu amat menusuk sanubariku. Walaupun perit, itulah penawar.

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صِغَارًا

-------------------------

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited."

"You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."


-------------------------

Akhir kalam, salam buat semua!


Tuesday, October 26, 2010

Rahsia Di Sebalik Doa Kesedihan


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Tajuk     : Rahsia Di Sebalik Doa Kesedihan
Penulis   : Mohd Saipuddin bin Mat Yunus

-----------------------------

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda; “Barangsiapa yang selalu ditimpa kesedihan (kegundahan), maka hendaklah dia membaca:

"Ya Allah, sesungguhnya aku ialah hamba-Mu, dan anak abdi-Mu, dan anak amah-Mu (budak-budak pelayan), dan (berada) dalam genggaman-Mu, ubun-ubunku di tangan-Mu, dan berlaku ke atas aku (diriku) hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepada-Mu dengan semua nama milik-Mu, (sama ada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkannya di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib di sisi-Mu, agar Engkau jadikanlah al-Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku serta kedukaanku."

Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.”

(Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)


SYARAH HADIS:

Monday, August 9, 2010

Antara Saya dan Ramadhan


Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Insya-Allah, selang beberapa hari lagi Ramadhan akan berkunjung kembali. Saya termenung memikirkan amalan-amalan saya pada Ramadhan yang sudah. Bagaimana pula dengan yang bakal menjelma? Saya percaya fenomena ini tidak hanya berlaku pada diri saya.

Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua himpunan doa harian bagi setiap hari dalam bulan Ramadhan. Jika ditanya adakah saya sudah mengamalkannya? Jawapan saya, saya hanya insan biasa. Tidak lekang daripada sifat lupa.

p/s: Asal perkataan manusia diambil daripada kalimah arab  الناس  iaitu pecahan kata daripada نسي yang bermaksud lupa. Manusia juga dinamakan البشر  iaitu pecahan kata daripada بشر yang maksud umumnya merujuk kepada sesuatu yang mempunyai perasaan.


Sesiapa yang berminat untuk dapatkan Himpunan Doa Harian Ramadhan, sila klik pautan di bawah. Semoga amalan kita pada Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang terdahulu.


Pautan untuk muat turun:
Himpunan Doa Harian Ramadhan (Dwi Bahasa)



اللهم قد أظلنا شهر رمضان وحضر فسلمه لنا وسلمنا له وارزقنا صيامه وقيامه وارزقنا الجد والاجتهاد والقوه والنشاط وأعدنا فيه من الفتن
"Ya Allah.. Sesungguhnya telah tiba Ramadhan untuk kali ini, maka Engkau serahkanlah bulan yang mulia itu kepada kami dan serahkan kami kepadanya. Kurniakanlah kami peluang untuk berpuasa di siangnya dan memakmurkan malam-malamnya. Anugerahilah kami dengan kesungguhan, kecekalan, kekuatan, dan ketekunan di samping jauhkanlah kami daripada segala fitnah yang melanda."



Sekian, baarakallahu fiih...

Wednesday, July 7, 2010

أحبك الله الذي أحببتني له

Assalamualaikum.


Saya sayang kamu kerana Allah. Demikianlah ungkapan yang semakin galak meniti di bibir sesetengah insan walaupun tanpa disusuli dengan tindakan. Bahkan ada yang melafazkannya tanpa memahami betapa besarnya erti lafaz tersebut.

Lewat dua minggu lepas, saya disibukkan dengan urusan bapa saudara saya di Zaqaziq. Setelah hampir lima tahun menangguhkan pelajaran, akhirnya dengan izin dan rahmat Allah s.w.t. dapat juga pakcik saya datang kembali ke Mesir untuk menghabiskan baki subjek beliau. Namun, Allah s.w.t. tidak pernah alpa dalam mengawasi setiap tindak tanduk hamba-Nya. Ujian dan musibah adalah salah satu tanda betapa prihatinnya Allah s.w.t. kepada manusia.

Wednesday, June 16, 2010

Salman al-Farisi r.a. : Kisah Hidup Mencari Kebenaran

Assalamualaikum.

Hari ini perasaan saya agak gelisah dan resah berpanjangan. Justeru, saya cuba mencari ketenangan dengan membelek balik kisah para sahabat r.a. melalui kesan (الآثار) yang telah sampai kepada kita semua (الحديث). Kisah yang bakal dikongsikan ini bagi saya amat unik dan mengandungi seribu satu pengajaran. Berkenaan pengorbanan dan pengembaraan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang membuatkan saya terpaku saat membacanya. Cerita ini juga saya nukilkan bagi mengubat hati yang gundah-gulana dan mengembalikan semangat yang hilang. Maha Suci Engkau yang menjadikan segala sesuatu tanpa sia-sia. Selamat membaca!




Perhatian: Kata ganti nama diri pertama dalam cerita ini ialah merujuk kepada Salman al-Farisi r.a.


----------------------------------------------------


SALMAN AL-FARISI R.A.


Aku ialah seorang pemuda yang berasal dari negara Parsi (a.k.a. negara teluk sekarang). Gelaran al-Farisi diambil sempena nama negara kelahiranku. Aku tinggal di sebuah kampung bernama Jayy di Asbahan.


Berlatarkan susur galur keluarga yang kuat berpegang dengan agama Majusi (agama yang menyembah api) dan ditambah pula ayah sendiri ialah pembesar agama di kampung, aku menjadi anak kesayangan ayah dan harapan sebagai penyambung kerja-kerja keluarga. Disebabkan perasaan sayang yang amat sangat, aku telah ditahan di rumah supaya sentiasa menjaga api sembahan. Maka jadilah aku seorang yang tekun dan istiqamah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang majusi. Bagiku, tidak akan sekali-kali dibiarkan api suci itu padam walau sesaat jika berada bawah pengawasanku.


Friday, June 11, 2010

Nostalgia Semalam

Assalamualaikum.


7 Jun 2010. Sahabat saya telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Bertepatan juga dengan tarikh lahir seorang sahabat saya yang lain (walaupun dia sendiri lupa akan tarikh lahirnya). Kamipun apa lagi, pergilah ziarah. Sebelum pergi, masih pening apa buah tangan yang perlu dibawa. Akhirnya, tanya tuan rumah sendiri. Senang cerita.


Amalan membawa buah tangan semasa ziarah ini semakin jarang dipraktikkan. Kenapa? Kalau mahu bagi alasan kepada soalan itu, sememangnya tidak akan habis. Fikirlah sendiri dengan akal yang Allah s.w.t. kurniakan. Bagi saya, daripada saya habiskan duit kepada orang lain, baik dihabiskan kepada keluarga atau sahabat-sahabat terlebih dahulu.


Rasullullah s.a.w. bersabda:

Monday, June 7, 2010

IQ, EQ, dan SQ?

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
RATIONAL INTELLIGENCE

Cendekiawan atau intelektual ialah orang yang menggunakan kecerdasannya untuk bekerja, belajar, membayangkan, menggagas, atau menyoal dan menjawab persoalan tentang pelbagai gagasan. Istilah cendekiawan berasal dari Chanakya, seorang ahli politik semasa pemerintahan Chandragupta dari Kerajaan Maurya.

Secara umum, terdapat tiga pengertian moden untuk istilah cendekiawan, iaitu:

Monday, May 31, 2010

Muhasabah Buku Ikatan Abadi III KPKM





Assalamualaikum.


Sudah tentu ramai yang tidak sabar untuk mendapatkan album kenangan Ikatan Abadi KPKM edisi terbaru ini. Pujian pasti terpacul. Namun tidak kurang juga dengan kritikan. Itulah lumrah. Di sini saya sempat menghimpun beberapa muhasabah yang saya kira tidak patut berlaku. Apapun, apabila dinamakan muhasabah, maka kenalah berlapang dada.

انظر ما قال ولا تنظر لمن قال
"Lihatlah apa yang diperkatakan, dan jangan melihat kepada siapa yang berkata."



Muhasabah :


Friday, May 28, 2010

Edit untuk keempat kalinya

Assalamualaikum.


Jumaat. Tengah hari ini saya berseorangan di rumah. Dua orang housemate ke Jam'iyyah Syar'iyyah untuk mendapatkan bantuan kewangan. Seorang lagi pula sentiasa merantau ke sana ke sini. Seronok sebenarnya tinggal seorang. Banyak perkara yang boleh dilakukan tanpa melibatkan orang lain. Kecuali pelaku dan Allah s.w.t. sahaja.


Malam semalam saya tidur dalam keadaan tidak berpuas hati. Bukan kepada manusia, tetapi kepada hasil kerja sendiri. Pada hari Khamis baru-baru ini, saya telah menerima panggilan telefon daripada Ustaz Mustafa, Ketua Pejabat Pendidikan Kuliah Quran. Beliau meminta supaya diubah warna logo kuliah kepada yang lebih terang dan menyerlah.


Thursday, May 27, 2010

Pesanan HAMKA kepada anaknya ketika bermusafir

"Jika sekali sengaja kau tinggalkan solat dalam perjalanan jauh, kau akan mudah saja melakukan maksiat kerana dalam keadaan jauh daripada keluarga dan orang-orang yang mengenalmu, kau bisa saja berbuat maksiat kecuali engkau terus ingat kepada Tuhan. Sekali kau terlanjur berbuat maksiat, sulit kau akan melepaskan diri."