Tuesday, April 17, 2012

Hidup Lama atau Hidup Berjasa?

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.


“Adakah engkau ingin hidup selama-lamanya dalam dunia yang akan musnah bila-bila masa?”

Hidup kita di atas dunia ni, selama manapun, pasti ada akhirnya. Selama manapun, sebenarnya singkat. Firman Allah:

“(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya; seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.” (An-Naazi’aat: 46)

Saturday, April 14, 2012

Jurang Antara Ilmu Dan Amal

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

"Andai saja jurang itu tiada, hancurlah nifaq di dalam dada."

Antara ilmu dan amal itu ada jurang. Boleh jadi jurangnya itu terlalu dalam sehingga tidak bertemu keduanya. Ibarat puncak gunung dan dasar laut. Ilmu adalah sesuatu yang tersimpan, dan amal itu sesuatu yang terlihat


Belum tentu yang terlihat itu didasarkan kepada ilmu, atau yang tersimpan itu melahirkan amal.

Tuesday, April 10, 2012

Merealisasikan Impian Sang Da’i


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

“Impian yang tidak disusuli amal itu adalah jauh daripada realiti.”

Suatu malam saya duduk bersama beberapa teman, dan bertanyakan kepada mereka, “Apakah yang kalian impikan dalam masa 10 tahun akan datang tentang keadaan umat ini?”

Jawapannya pelbagai, ada yang inginkan gejala sosial dalam apa juga bentuk terus berkurang dan ditangani, ada yang inginkan bahawa tidak ada penindasan berlaku terhadap satu sama lain. Ada pula yang menginginkan bahawa Islam itu menjadi tertinggi dan diamalkan oleh seluruh masyarakat.

Friday, April 6, 2012

Kemenangan Itu Milik Allah

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
 
Kredit kepada NamikPashaStudio

Kemenangan adalah milik Allah. Jika Dia belum mahu memberikannya kepada kita, maka kita tidak akan pernah memperolehnya.

Kita selalu tertipu. Merasakan bahawa kemenangan itu milik kita, hak kita. Bahawa dengan segala amal dan usaha yang kita lakukan, kita pasti menang. Sehinggakan kita terkeliru, tersilau mata. Memfokuskan kepada kemenangan, bukan pada amal dakwah yang berterusan.