Showing posts with label Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Tauladan. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Wanita Tua Yang Hanya Berbicara Menggunakan al-Quran


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
 
Ilustrasi ini hanyalah sekadar hiasan.

Berkata Abdullah bin Mubarak r.a.:

Saya berangkat menunaikan haji ke Baitullah al-Haram dan menziarahi makam Rasulullah s.a.w. Ketika saya berada di sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesusuk tubuh yang berpakaian hitam yang diperbuat daripada bulu. Ia adalah seorang perempuan tua.

Saya berhenti sejenak dan memberi salam kepadanya. Maka, terjadilah dialog dengan wanita tersebut selama beberapa ketika.

Dalam dialog tersebut, wanita tua itu menjawab dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran terhadap setiap pertanyaan saya (Abdullah bin Mubarak).


**Berikut ialah dialog antara dua hamba Allah di atas.**


Tuesday, April 17, 2012

Hidup Lama atau Hidup Berjasa?

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.


“Adakah engkau ingin hidup selama-lamanya dalam dunia yang akan musnah bila-bila masa?”

Hidup kita di atas dunia ni, selama manapun, pasti ada akhirnya. Selama manapun, sebenarnya singkat. Firman Allah:

“(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya; seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.” (An-Naazi’aat: 46)

Friday, December 30, 2011

Rib'i bin 'Amir r.a.: Jejaka Kampung, Berjiwa Agung

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Siapa tahu tentang peperangan Qadisiyyah? Sebuah peperangan antara tentera Islam menentang musyrikin Parsi yang menyembah api (Majusi).

Perang ini merupakan pertempuran terbesar yang belum pernah berlaku sebelumnya di Iraq. Mengisahkan keberanian dan pengorbanan yang membakar semangat dan menyedarkan umat. Peperangan Qadisiyyah tercetus pada tahun 14 H, pada zaman pemerintahan khalifah kedua Islam, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a.

Jumlah tentera Islam pada peperangan ini ialah sebanyak 30,000 orang. Dalam kalangan mereka terdapat 70 orang sahabat yang menyertai Perang Badr, 300 orang sahabat yang menyertai Fath Makkah, dan 700 orang putera sahabat radiyallahu ‘anhum.


Thursday, December 8, 2011

Kisah Abu Nawas [5]: Debat Tentang Ayam

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Melihat ayam betina Baginda bertelur, Sultan tersenyum. Baginda kemudiannya memanggil pengawal agar mengumumkan kepada rakyat bahawa kerajaan mengadakan sayembara untuk umum. Sayembara itu berupa pertanyaan yang mudah tetapi memerlukan jawapan yang tepat dan masuk akal. Sesiapa yang berjaya menjawab pertanyaan itu akan mendapat imbalan yang amat menggiurkan. Satu pundi penuh wang emas. Tetapi jika gagal, maka hukuman yang menjadi akibatnya.

Saturday, December 3, 2011

Kisah Abu Nawas [4]: Membingungkan Ketua Kerajaan (Sultan)


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 

Sejak peristiwa penghancuran barang-barang di istana dahulu, Sultan tekad ingin menangkap Abu Nawas untuk dihumbankan ke penjara. Sudah menjadi hukum bagi siapa sahaja yang tidak sanggup melaksanakan titah Baginda, maka tidak disangsikan lagi dia akan mendapat hukuman.

Thursday, December 1, 2011

Reaksi Sanubari [14]: Kisah 2 Orang Penangkap Ikan


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

 

Pada suatu hari, seorang pemuda Yahudi telah mengajak seorang rakannya yang Muslim untuk pergi menangkap ikan di sungai dengan menaiki sebuah sampan.

“Wahai rakanku, mari kita bertanding pada hari ini, siapakah yang mendapat hasil tangkapan yang lebih besar!” Cabar pemuda Yahudi tadi kepada rakan Muslimnya.

Monday, November 14, 2011

Mengejar Pengiktirafan Manusia


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

 

Apabila kita melakukan kebaikan yang terlihat oleh orang lain, pasti akan ada yang mengatakan, wah, baguslah!” “awak memang baik” “jarang jumpa orang macam awak” “Hebatnya!” "Wah, ramainya orang like status kau!".

Paling tidak pun, akan ada yang tersenyum menandakan sebuah penghargaan diberikan kepada kita. Lantas kita menjadi termotivasi dan bersemangat untuk terus melakukan kebaikan. Kita merasakan ada nilainya kebaikan tersebut pada pandangan mata manusia.

Sunday, October 30, 2011

Berlapang Dada

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Allah menciptakan manusia dengan 1001 design luaran yang sememangnya berbeza, tidak ada satu pun yang sama antara satu sama lain. Pasti ada bezanya, walaupun sedikit. Sekalipun pasangan kembar yang hampir sama, tetapi masih tidak serupa.

Saturday, October 29, 2011

A Love Letter From A Muslim Man To The Girl He Loves

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful




Assalamualayk my love..

My dear,

If you love me, don’t confess your love to me, this won’t please me and will keep me away! Love words don’t attract me. 

If you love me, wait for me and I will knock on your door in the right time. Don’t give me privileges which I don’t deserve. Keep me away from you, and I will approach you. If you approach me, I will stay away from you.

Monday, October 17, 2011

Attitude on Committing Mistakes


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful


When you made a mistake, why blame others? Yet when others made mistakes, you tend to blame them also and never correct them.

You are trying to say that you will never make mistake when you deny your fault. And if you realize, it happened every time or maybe most of the time. But then, when everyone blaming each other, who are the one to correct the mistakes then?

Friday, October 14, 2011

Pulihkan Semangatmu

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

 

Semangat kita naik turun. Ada masa kita ingin melakukan segala-galanya dan ada masa kita ingin tinggalkan segala-galanya. Apa yang kita harus percaya adalah dalam diri kita ada potensi luar biasa yang diberikan oleh Pencipta untuk digilap dan digali. Potensi kita akan mati jika dibiarkan terus berkubur bersama kelemahan dan keluh-kesah. Sebaliknya akan berkembang jika dicanai dengan semangat juang yang tinggi.

Saat semangat itu luntur, bagaimana potensi akan bisa berkembang?

Sunday, October 9, 2011

Reaksi Sanubari [12]: Cara Rasulullah s.a.w. Menjaga Kesihatan Diri


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.





SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Bila Berbicara Soal Kebaikan

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Kebaikan. Sesuatu yang diimpikan oleh semua manusia. Sekalipun manusia yang jahat, pasti dia juga inginkan kebaikan buat dirinya. Sekalipun manusia itu sering menganiayai manusia lain dan melakukan kejahatan terhadap orang lain, dia tetap tidak suka dan benci orang lain melakukan kejahatan kepada dirinya. Itulah fitrah manusia, inginkan kebaikan. Ingin menjadi baik dan sukakan kebaikan.

Tuesday, September 27, 2011

Jiwa Mendambakan Cahaya, Namun Racun Ditelan Jua

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Telah lama kita lesu daripada kegigihan dalam perjuangan (ibadah). Bukan sekali kita lari daripada menggalas amanah dan kewajipan. Terlalu sering kita beralasan setiap kali diseru untuk berkorban. Acap kali kita menjadi hamba kepada keinginan, membuang perasaan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Tiba masanya untuk kita membulatkan tekad melangkah gagah dalam perjuangan. Cukup sampai di sini teman, jangan bunuh dirimu sebelum ajal. Kelak kita akan mati sebelum mati.

Tuesday, September 20, 2011

Reaksi Sanubari [11]: Puisi Sufi, Ujian

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 


Ada yang mengatakan ujian ialah kesusahan pada tubuh badan
Kesusahan pada jiwa
Apa untungnya Allah menyusahkan jasad dan jiwa
Bukankah itu tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-Nya
Apalagi Dia Maha Mengasihani Maha Penyantun.

Thursday, September 15, 2011

Analogi Serangan Pemikiran


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Dulu-dulu, seorang guru saya pernah mengisahkan sebuah cerita. Bagi saya, cerita tersebut amat berguna dan pengajarannya sangat jelas. Rupa-rupanya, bukan kami (saya dan kawan-kawan) sahaja yang tahu cerita itu. Malah, kebanyakan rakan saya yang berlainan sekolah pun tahu tentangnya. Ingatkan limited edition. ;)

Kisah tersebut bermula begini..

Monday, September 12, 2011

Reaksi Sanubari [8]: Kalam Tentang Wanita

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 
 

--------------------------------

لو خلقت المرأة طائراً لكانت طاووساً
Jika diciptakan wanita (dalam kelompok) burung,
nescaya jadilah wanita itu burung merak

ولو خُلقت حيواناً لكانت غزالة
Dan jika diciptakan wanita (dalam kelompok) haiwan,
nescaya jadilah wanita itu rusa

Thursday, September 1, 2011

Eid Story: Prophet Muhammad (pbuh) and Ramadhan Eid

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful



It was the day of celebration and a day of rejoicing. There was an air of festivity in the streets of Madina. All the people, both young and old were dressed in their best clothes, especially for this special day of Ramadhan Eid.

As it was time for early morning Ramadhan Eid prayers everyone made their way to an open piece of land on the outskirts of the city of Madina. Prophet Muhammad (pbuh) arrived and led the prayers. After they had finished they all greeted each other and everyone was walking back home. The children running and playing in excitement, smiling and laughing, without a care in the world.

Wednesday, August 31, 2011

Orang Lama dan Orang Baru, Unity in Diversity


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Kita mungkin pernah mendengar orang-orang muda berbicara begini: “Orang-orang tua ni susah sikit. Mereka ni kolot. Susah nak terima pendapat orang lain. Asyik-asyik dengan teori lama dan tak relevan dengan zaman kini. Biarlah mereka dengan cara mereka. Lambat dan tak proaktif.”

Tuesday, August 23, 2011

Tokoh Doktor Muslimah: Rufaidah al-Aslamiyyah al-Ansoriyyah


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


TOKOH DOKTOR MUSLIMAH:
RUFAIDAH AL-ASLAMIYYAH AL-ANSORIYYAH R.A.

Rufaidah r.a. adalah seorang wanita dari suku kaum Aslam dan anak kepada seorang tabib (doktor) yang terbilang dalam kalangan kaumnya di Yathrib (Madinah) dan juga di Semenanjung Tanah Arab.

Beliau banyak belajar tentang perihal penyembuhan dan perawatan daripada bapanya semasa membantu bapanya merawat pesakit.