بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
![]() |
| Ilustrasi ini hanyalah sekadar hiasan. |
Berkata Abdullah bin
Mubarak r.a.:
Saya berangkat
menunaikan haji ke Baitullah al-Haram dan menziarahi makam Rasulullah s.a.w.
Ketika saya berada di sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesusuk tubuh yang
berpakaian hitam yang diperbuat daripada bulu. Ia adalah seorang perempuan tua.
Saya berhenti sejenak
dan memberi salam kepadanya. Maka, terjadilah dialog dengan wanita tersebut
selama beberapa ketika.
Dalam dialog tersebut,
wanita tua itu menjawab dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran terhadap setiap
pertanyaan saya (Abdullah bin Mubarak).
**Berikut
ialah dialog antara dua hamba Allah di atas.**
Abdullah: “Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.”
Wanita tua:
سَلَـٰمٌ
قَولاً مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ
"Ucapan salam
sejahtera daripada Tuhan Yang Maha Mengasihani."
(Yaa Siin 56)
Abdullah: “Semoga Allah
merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?”
Wanita tua:
مَن
يُضلِلِ ٱللَّهُ فَلَا هَادِىَ لَهُ
"Barang siapa
disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya."
(Al-A’raaf 186)
Dengan jawapan ini,
maka tahulah saya bahawa wanita tua itu telah tersesat jalan.
Abdullah: “Kemana anda
hendak pergi?”
Wanita tua:
سُبحَـٰنَ
ٱلَّذِى أَسرَىٰ بِعَبدِهِۦ لَيلاً مِّنَ
ٱلمَسجِدِ ٱلحَرَامِ إِلَى ٱلمَسجِدِ ٱلأَقصَا
"Maha suci
Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari Masjid al-Haram (di
Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin)."
(Al-Israa’ 1)
Dengan jawapan ini,
saya mengerti bahawa dia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke Masjidil
Aqsa.
Abdullah: “Sudah berapa
lama anda berada di sini?”
Wanita tua:
ثَلَـٰثَ
لَيَالٍ سَوِيًّا
"Selama tiga
malam dalam keadaan sihat.”
(Maryam 10)
Abdullah: “Apa yang
anda makan selama dalam perjalanan?”
Wanita tua:
وَٱلَّذِى
هُوَ يُطعِمُنِى وَيَسقِينِ
"Dialah Allah
pemberi aku makan dan minum."
(Asy-Syu’araa’ 79)
Abdullah: “Dengan apa
anda melakukan wudhu?”
Wanita tua:
فَلَم
تَجِدُواْ مَآءً فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدًا طَيِّبًا
"Apabila tiada
air maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, debu yang bersih."
(Al-Maaidah 6)
Abdullah: “Saya
mempunyai sedikit makanan, apakah anda mahu menikmatinya?”
Wanita tua:
ثُمَّ
أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيلِ
"Kemudian
sempurnakanlah puasamu sampai malam, maghrib."
(Al- Baqarah 187)
Abdullah: “Bukankah
diperbolehkan berbuka ketika musafir?”
Wanita tua:
وَأَن
تَصُومُواْ خَيرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُم تَعلَمُونَ
"Dan berpuasa
itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."
(Al- Baqarah 184)
Abdullah: “Mengapa anda
tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?”
Wanita tua:
مَّا
يَلفِظُ مِن قَولٍ إِلَّا لَدَيهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
"Tiada satu
ucapan yang diucapkan, kecuali padanya ada Raqib ‘Atid."
(Qaaf 18)
Abdullah: “Anda
termasuk jenis manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?”
Wanita tua:
وَلَا
تَقفُ مَا لَيسَ لَكَ بِهِۦ عِلمٌ إِنَّ
ٱلسَّمعَ وَٱلبَصَرَ وَٱلفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰئكَ كَانَ عَنهُ مَسـُٔولاً
"Jangan kamu
ikuti apa yang tidak kamu ketahui, kerana pendengaran, penglihatan dan hati,
semua akan dipertanggungjawabkan."
(Al-Israa’ 36)
Abdullah: “Saya telah
berbuat salah, maafkan saya.”
Wanita tua:
قَالَ
لَا تَثرِيبَ عَلَيكُمُ ٱليَومَ يَغفِرُ ٱللَّهُ لَكُم وَهُوَ أَرحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ
"Pada hari ini
tidak ada cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu dan Dia lah jua Yang
Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani."
(Yusuf 92)
Abdullah: “Bolehkah
saya mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini, untuk melanjutkan perjalanan
kerana anda akan menjumpai kabilah yang di hadapan.”
Wanita tua :
وَمَا
تَفعَلُواْ مِن خَيرٍ يَعلَمهُ ٱللَّهُ
"Dan apa jua
kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah."
(Al-Baqarah 197)
Lalu wanita tua ini
berpaling daripada untaku sambil berkata :
قُل
لِّلمُؤمِنِينَ يَغُضُّواْ مِن أَبصَـٰرِهِم
"Katakanlah
pada orang-orang mukminin, tundukkan pandangan mereka."
(An-Nuur 30)
Maka saya pun memejamkan
pandangan saya, sambil mempersilakan dia menaiki unta.
Tiba-tiba terdengar
koyakan pada pakaiannya kerana unta itu terlalu tinggi baginya.
Wanita tua itu pun
berkata:
مَآ
أَصَـٰبَكُمْ مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيدِيكُم
"Apa saja yang
menimpa kamu disebabkan perbuatanmu sendiri."
(Asy-Syuura 30)
Setelah selesai
mengikat unta itu, saya pun mempersilakan wanita tua itu naik.
Wanita tua berkata:
سُبحَـٰنَ
ٱلَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَـٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُ ۥ
مُقرِنِينَ وَإِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
"Maha Suci
Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak
terdaya menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali."
(Az-Zukhruf 13-14)
Saya pun segera
memegang tali unta itu dan melarikannya dengan sangat pantas.
Wanita tua itu berkata
lagi:
وَٱقصِد
فِى مَشيِكَ وَٱغضُض مِن صَوتِكَ
"Sederhanakan
jalanmu dan lunakkanlah suaramu."
(Luqman 19)
Lalu aku jadikan unta
itu berjalan dengan perlahan, sambil mendendangkan beberapa syair.
Wanita tua itu pun
berkata:
فَٱقرَءُواْ
مَا تَيَسَّرَ مِنَ ٱلقُرءَانِ
"Bacalah apa-apa
yang mudah daripada al-Quran."
(Al-Muzzammil 20)
Abdullah: “Sungguh anda
telah diberi kebaikan yang banyak.”
Wanita tua:
وَمَا
يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلأَلبَـٰبِ
"Dan tidaklah
mengingati Allah itu kecuali orang yang berilmu."
(Al- Baqarah 269)
Dalam perjalanan itu
saya bertanya kepadanya.
Abdullah: “Apakah anda
mempunyai suami?”
Wanita tua:
لَا
تَسـَٔلُواْ عَن أَشيَآءَ إِن تُبدَ لَكُم تَسُؤكُمْ
"Jangan kamu
bertanyakan sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu."
(Al-Maaidah 101)
Maka aku senyap
seketika sehingga berjumpa dengan kabilah di hadapan kami.
Abdullah: “Adakah orang
anda berada dalam kafilah itu?”
Wanita tua:
ٱلمَالُ
وَٱلبَنُونَ زِينَةُ ٱلحَيَوٰةِ ٱلدُّنيَا
"Adapun harta dan
anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia."
(Al-Kahf 46)
Baru saya mengerti bahawa
dia juga mempunyai anak.
Abdullah: “Bagaimana
keadaan mereka dalam perjalanan ini?”
Wanita tua:
وَبِٱلنَّجمِ
هُم يَهْتَدُونَ
"Dan dengan
tanda bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk."
(Al-Nahl 16)
Daripada jawapan ini,
saya dapat faham bahawa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti
beberapa petunjuk. Kemudian saya bersama wanita tua ini menuju ke tempat
perkhemahan.
Abdullah: “Adakah kamu
kenal orang yang berada dalam khemah ini?”
Wanita tua:
وَٱتَّخَذَ
ٱللَّهُ إِبرَاهِيمَ خَلِيلاً
"Kami jadikan Ibrahim
itu sebagai yang nabi yang dikasihi."
(An-Nisaa’ 125)
وَكَلَّمَ
ٱللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا
"Dan Allah
berkata-kata kepada Musa."
(An-Nisaa’ 164)
يَـٰيَحيَىٰ
خُذِ ٱلكِتَـٰبَ
بِقُوَّةٍ
"Wahai Yahya!
Pelajarilah kitab itu bersungguh-sungguh."
(Maryam 12)
Lalu saya memanggil ya
Ibrahim, ya Musa, ya Yahya, maka keluarlah anak-anak muda yang bernama
tersebut. Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul.
Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang, maka berkatalah wanita tua
itu:
فَٱبعَثُواْ
أَحَدَكُم بِوَرِقِكُم هَـٰذِهِۦ إِلَى ٱلمَدِينَةِ
فَليَنظُر أَيُّهَآ أَزكَىٰ طَعَامًا
"Maka suruhlah
salah seorang daripada kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak ini, dan
carilah makanan yang lebih baik agar dia membawa makanan itu untukmu."
(Al-Kahf 19)
Maka salah seorang daripada
tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, kemudian dihidangkan di hadapanku,
lalu wanita tua itu berkata:
كُلُواْ
وَٱشرَبُواْ هَنِيـئًا بِمَآ أَسلَفتُم فِى ٱلأَيَّامِ ٱلخَالِيَةِ
"Makan dan minumlah
kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang
telah lalu."
(Al-Haaqqah 24)
Abdullah: “Makanlah
kalian semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian
mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya.”
Ketiga anak muda ini
secara serentak berkata:
“Beliau adalah orang
tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara menggunakan ayat-ayat
al-Quran, hanya kerana bimbang tersalah bicara.”
Lalu Abdullah bin
Mubarak berkata Maha Suci Zat Yang Maha Kuasa terhadap sesuatu yang dikehendaki-Nya
dan berkata:
ذَلِكَ
فَضلُ ٱللَّهِ يُؤتِيهِ مَن يَشَآءُ وَٱللَّهُ ذُو ٱلفَضلِ ٱلعَظِيمِ
"Yang demikian
ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya;
dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”
(Al-Hadiid 21)
Sumber: KaifaTahfazul
Quran (Dr. Mustafa Murad)
--------------------------------
حسبي الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم

9 comments:
Subhanallah!! AllahuAkbar..
Laahawla wala quwwata illa billaah..
menarik. penuh ilmu. mohon share. :)
Dipersilakan. :)
Salam.. =') Ana nak mohon share kat blog ana ya.
masyaAllah!
AllahuAkbar...
Sangat terkesan hati ini membaca.
Mohon share ya :)
:) assalammualaikum. tq. rupa nya, awak ni owner khadimulQuran ye?? maaf sebab saya selalu share ayat ayat dekat tumblr tu. entri yg ni suka juga :)
Assalamualaikum semua.. :)
Ya, saya owner KhadimulQuran. Semoga bermanfaat kepada semua.
Segala yang saya post di tumblr, twitter, mahupun FB, adalah PERCUMA untuk dimuat turun, edit balik, share, copy, dan sebagainya.
Segala ilmu ini adalah milik Allah. Saya hanyalah wasilah.
Siru 'ala barakatillah. Wassalam. :)
Subhanallah......berbicara menggunakan kalam ALLAH, setiap untaian kata memancar jiwa sesiapa mendengarnya...indahnya jika aku sepertinya
Post a Comment