Showing posts with label Kalam. Show all posts
Showing posts with label Kalam. Show all posts

Friday, December 9, 2011

Coretan Ringkas..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 
 

Ikhwah dan akhawat, marilah kita saling memperingati akan tugas UTAMA kita. Apabila dikatakan UTAMA, maka tiada lain yang lebih UTAMA daripada pekerjaan ini. Dan menjadi satu kewajipan pada setiap kita untuk melakukannya jika kita telah beriman dengan fikrah ini.

Marilah kita terus membina rijal..

Monday, November 14, 2011

Mengejar Pengiktirafan Manusia


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

 

Apabila kita melakukan kebaikan yang terlihat oleh orang lain, pasti akan ada yang mengatakan, wah, baguslah!” “awak memang baik” “jarang jumpa orang macam awak” “Hebatnya!” "Wah, ramainya orang like status kau!".

Paling tidak pun, akan ada yang tersenyum menandakan sebuah penghargaan diberikan kepada kita. Lantas kita menjadi termotivasi dan bersemangat untuk terus melakukan kebaikan. Kita merasakan ada nilainya kebaikan tersebut pada pandangan mata manusia.

Tuesday, October 18, 2011

[Grafik] Ada Apa Pada USRAH?

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 
 

 
 
--------------------------------
حسبي الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم
 

Friday, October 14, 2011

Pulihkan Semangatmu

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

 

Semangat kita naik turun. Ada masa kita ingin melakukan segala-galanya dan ada masa kita ingin tinggalkan segala-galanya. Apa yang kita harus percaya adalah dalam diri kita ada potensi luar biasa yang diberikan oleh Pencipta untuk digilap dan digali. Potensi kita akan mati jika dibiarkan terus berkubur bersama kelemahan dan keluh-kesah. Sebaliknya akan berkembang jika dicanai dengan semangat juang yang tinggi.

Saat semangat itu luntur, bagaimana potensi akan bisa berkembang?

Sunday, October 9, 2011

Bila Berbicara Soal Kebaikan

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Kebaikan. Sesuatu yang diimpikan oleh semua manusia. Sekalipun manusia yang jahat, pasti dia juga inginkan kebaikan buat dirinya. Sekalipun manusia itu sering menganiayai manusia lain dan melakukan kejahatan terhadap orang lain, dia tetap tidak suka dan benci orang lain melakukan kejahatan kepada dirinya. Itulah fitrah manusia, inginkan kebaikan. Ingin menjadi baik dan sukakan kebaikan.

Tuesday, September 27, 2011

Jiwa Mendambakan Cahaya, Namun Racun Ditelan Jua

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Telah lama kita lesu daripada kegigihan dalam perjuangan (ibadah). Bukan sekali kita lari daripada menggalas amanah dan kewajipan. Terlalu sering kita beralasan setiap kali diseru untuk berkorban. Acap kali kita menjadi hamba kepada keinginan, membuang perasaan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Tiba masanya untuk kita membulatkan tekad melangkah gagah dalam perjuangan. Cukup sampai di sini teman, jangan bunuh dirimu sebelum ajal. Kelak kita akan mati sebelum mati.

Tuesday, September 20, 2011

Reaksi Sanubari [11]: Puisi Sufi, Ujian

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 


Ada yang mengatakan ujian ialah kesusahan pada tubuh badan
Kesusahan pada jiwa
Apa untungnya Allah menyusahkan jasad dan jiwa
Bukankah itu tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-Nya
Apalagi Dia Maha Mengasihani Maha Penyantun.

Wednesday, September 14, 2011

Do It Anyway

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful




People are often unreasonable, irrational and self-centered;
Forgive them anyway.

If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.

Monday, September 12, 2011

Reaksi Sanubari [8]: Kalam Tentang Wanita

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 
 

--------------------------------

لو خلقت المرأة طائراً لكانت طاووساً
Jika diciptakan wanita (dalam kelompok) burung,
nescaya jadilah wanita itu burung merak

ولو خُلقت حيواناً لكانت غزالة
Dan jika diciptakan wanita (dalam kelompok) haiwan,
nescaya jadilah wanita itu rusa

Thursday, August 25, 2011

Apabila Allah Menyayangi Kita


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Apabila Allah sayang kita, kita akan rasa bahagia, tenang, aman, dan tenteram. Seluruh hidup terasa penuh makna dan penuh cinta. Hati terasa begitu berkobar-kobar untuk beramal. Dunia terasa begitu luas untuk mereguk anugerah, kurniaan-Nya. Tidak ada apa yang kita risaukan selain untuk memenuhi panggilan Dia yang memberikan segala-galanya. Tidak ada apa yang kita takutkan melainkan kemurkaan-Nya.

Friday, August 19, 2011

Reaksi Sanubari [6]: Kata² Profesor Ungku Aziz

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.





Kata² Profesor Ungku Aziz:

1. Rajin bercakap, rajin bekerja = Bagus sekali

2. Rajin bekerja, malas bercakap = Kena buli

3. Malas bekerja, rajin bercakap = Wayang cina

4. Malas bekerja, malas bercakap = Tak guna

5. Malas bekerja, suka mengadu = Nyanyuk

6. Malas bekerja, selalu ponteng = Baik berhenti

7. Malas bekerja, suka menyibuk = Baik mati


--------------------------------

حسبي الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم

Reaksi Sanubari [5]: Alhamdulillah..


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


يسألوننـي " كيف حالك ؟"

فأجيب : " الحمد لله."

فيظنون أنني بقمة سعادتي. نَسوا أننا نحمد الله على السرّاء والضرّاء ..

Friday, July 8, 2011

Peludah Warna

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka,
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Sunday, June 26, 2011

Reaksi Sanubari [4]: Deritamu Penawarmu

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Penderitaan itu pemberian-Nya
Di dalamnya, ada rahmat tersembunyi

Adakalanya..
Demi mengurniakan bantuan
Dia menjadikan kita menderita
Tetapi penderitaan kerana-Nya
Menghadirkan kebahagiaan

Saturday, June 25, 2011

Reaksi Sanubari [3]: Apakah Sebenarnya Dunia?

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Apabila ditanyakan tentang apakah sebenarnya dunia, maka jawab Sayyidina Hasan al-Basri r.a.;

Bayangkan orang di dalam sebuah perahu yang terbalik, dan semua orang cuba menyelamatkan diri mereka dengan berpaut pada kepingan-kepingan papan pecah. Begitulah kedudukan sebenar manusia di dalam dunia ini.

Empat Kewajipan

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Salam buat semua. Dalam menjalani saki baki kehidupan di dunia ini, kita tidak lepas daripada diuji. Saya. Awak. Kamu. Dan semua manusia itu diuji. Beberapa hari lepas, saya rasa hidup saya seakan-akan kosong. Tidak terisi. Seperti saya dibiarkan hidup sesuka hati. Tanpa ada sentuhan kasih sayang Ilahi.

Wednesday, June 22, 2011

How To Increase Our Faith (IMAN)?

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful



How to increase our faith (IMAN)?
- Tiada Hakcipta -

Recite and ponder on the meanings of the Quran. Tranquility then descends and our hearts become soft. To get optimum benefit, remind yourself that Allah is speaking to you. People are described in different categories in the Quran; think of which one you find yourself in.  

Realize the greatness of Allah. Everything is under His control. There are signs in everything we see that points us to His greatness. Everything happens according to His permission. Allah keeps track and looks after everything, even a black ant on a black rock on a black moonless night.  

Monday, June 20, 2011

Reaksi Sanubari [2]

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Klik SINI untuk pautan ke imej asal.
Apabila Allah menginginkan hamba-Nya baik (soleh), maka Dia kepadanya menunjukkan pemberian, taufik dan pertolongan-Nya dalam setiap apa yang dikatakan dan diperbuatnya, sehingga dia tidak akan membanggakan dirinya.

Kemudian Dia tunjukkan pula kelemahan dirinya, sehingga dia berasa bersalah, melalui taubat, meminta ampunan dan berasa malu untuk meminta pahala atas apa yang dilakukannya.

Jika kelemahan itu tidak ditunjuki Allah kepadanya, maka yang akan terjadi adalah dia melihat dirinya seakan-akan sempurna dan dapat melakukan segala hal, sehingga semua amal dan perbuatannya ditolak, tidak diredai dan tidak dicintai Allah.

[Fiqh Umar Abdul Aziz, al-Fawaid,  Ibnu Qayyim al-Jauziyah]

Sunday, June 19, 2011

Reaksi Sanubari

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Jika kamu melihat orang yang lebih tua, katakanlah: "Orang ini lebih dulu mendahuluiku dalam beriman dan beramal soleh, maka dia lebih baik dariku."

Apabila kamu melihat orang yang lebih muda, katakanlah: "Aku telah mendahuluinya dalam berbuat dosa dan maksiat, maka dia lebih baik daripadaku."