Saturday, June 25, 2011

Reaksi Sanubari [3]: Apakah Sebenarnya Dunia?

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Apabila ditanyakan tentang apakah sebenarnya dunia, maka jawab Sayyidina Hasan al-Basri r.a.;

Bayangkan orang di dalam sebuah perahu yang terbalik, dan semua orang cuba menyelamatkan diri mereka dengan berpaut pada kepingan-kepingan papan pecah. Begitulah kedudukan sebenar manusia di dalam dunia ini.

Permisalan antara dunia dan akhirat adalah bagaikan timur dan barat. Apabila kamu bertambah dekat kepada salah satu di antara dua arah itu, bererti kamu telah bertambah jauh dari akhirat.

Wahai anak cucu Adam! Tidak akan mendatangkan bahaya kepadamu apa saja yang menimpamu berupa kesulitan di dunia, apabila telah disiapkan untukmu tempat yang indah di akhirat nanti. Bukankah tidak bermanfaat bagimu kemewahan yang kamu capai di dunia ini, jika kamu tidak diberi kebaikan di akhirat?

Hati itu terkadang mati dan terkadang hidup. Bila ia mati, pimpin ia kepada ibadah fardhu. Bila ia hidup, didik ia dengan ibadah sunnah.

Ada dua teguk yang paling agung bagi seorang hamba; santun saat diterpa emosi, dan sabar ketika mendepani musibah.

Dunia sungguh amat berharga untuk seorang mukmin. Kerana dia beramal sebentar, namun berupaya mengambil bekal yang banyak untuk akhirat.

Sungguh buruk dunia untuk orang kafir dan munafik. Kerana orang kafir dan munafik menikmati malam demi malam, namun mengambil bekal yang banyak untuk neraka.



حسبي الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم

No comments: