Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Tuesday, October 29, 2013

Setiap Deru Nafasku Adalah Istighfar

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.


Istighfar. Itulah lafaz yang sering terungkap dalam lena dan jagaku. Tenang apabila mengingat kembali betapa besar fadilat yang terselit di dalamnya.

Pernah aku diajukan soalan, adakah kamu ingin merasai minda yang jernih? Mahu memiliki jiwa yang lapang? Juga ketenangan dan ketenteraman hati? Apatah lagi kebahagiaan hidup?

Thursday, August 1, 2013

Di Sebalik Akad Yang Satu

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.



Di sebalik akad yang satu, ada cinta yang terpatri dalam wilayah yang dihalalkan Ilahi. Ada janji yang dimaterai kukuh. Pernikahan adalah sebuah fenomena yang sudah wujud sejak azali demi menyatukan dua hati. Lalu bahtera pernikahan itupun berlayar meninggalkan zaman bujang di belakang bersama segala suka duka yang dilalui, menuju ke sebuah destinasi cinta abadi.

Tuesday, July 30, 2013

Ujian Dan Manusia Tidak Dapat Dipisahkan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
 

Kita sebagai manusia, selalu asyik mengejar apa sahaja yang diajukan oleh kehendak kita. Dalam masa yang sama, kita lupa segala nikmat dan rahmat yang Tuhan telah kurniakan kepada kita. Bagi yang mempunyai mata, Allah suruh kita guna untuk melihat perkara yang baik-baik, membaca benda yang elok-elok, menambah pahala dengan memandang pada apa yang Allah suka.

Saturday, July 27, 2013

Menerima Hakikat Diri

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
 

Kita adalah manusia yang bersifat lemah, penuh dengan kekurangan-kekurangan. Seandainya Allah memaparkan segala kelemahan kita di hadapan manusia, nescaya kita tak akan mampu bertemu dengan mereka kerana malu yang tak tertanggung. Allah yang Maha Penyayang menutup kelemahan-kelemahan kita. Kita amat berharap Allah mengampuni segala kesalahan kita dan menutupnya juga di hari kebangkitan.


Saturday, October 27, 2012

Menanam Kemahuan Yang Kuat

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Peringatan daripada Allah cukup sempurna dan lengkap, tinggal lagi kita yang tidak mahu memerhatikan dan mendekati kebenaran yang diturunkan. Apabila diajak untuk bersama-sama memerhatikan dan mengambil pelajaran, ada golongan yang enggan dan tidak mahu. Adakah kita termasuk dalam golongan itu?

Ada pula suara-suara yang berbunyi di belakang, "aku bukan taknak kebaikan ini, tetapi ustaz-ustaz yang aku jumpa semua tak berkaliber, tak mencapai tahap guru yang aku harapkan."

Tak kurang ada yang berbunyi,

"Kalau mereka ajak aku sungguh-sungguh, sudah tentu aku nak ikut",

"Malaslah aku nak sertai kumpulan-kumpulan baik ini, aku tak layak. Nantilah, bila ada orang yang sesuai dengan aku, aku ikutlah."


Tuesday, April 17, 2012

Hidup Lama atau Hidup Berjasa?

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.


“Adakah engkau ingin hidup selama-lamanya dalam dunia yang akan musnah bila-bila masa?”

Hidup kita di atas dunia ni, selama manapun, pasti ada akhirnya. Selama manapun, sebenarnya singkat. Firman Allah:

“(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya; seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.” (An-Naazi’aat: 46)

Saturday, April 14, 2012

Jurang Antara Ilmu Dan Amal

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

"Andai saja jurang itu tiada, hancurlah nifaq di dalam dada."

Antara ilmu dan amal itu ada jurang. Boleh jadi jurangnya itu terlalu dalam sehingga tidak bertemu keduanya. Ibarat puncak gunung dan dasar laut. Ilmu adalah sesuatu yang tersimpan, dan amal itu sesuatu yang terlihat


Belum tentu yang terlihat itu didasarkan kepada ilmu, atau yang tersimpan itu melahirkan amal.

Friday, March 30, 2012

Cukuplah Dengan Kesedihan Semalam

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 

Wahai jiwa yang sering merasa sempit di atas bumi Allah yang luas, sesungguhnya engkau belum dapat merasa lapang selagi engkau terkurung dalam ruangmu yang sempit itu.

Wahai jiwa yang memilih untuk memperpanjang kesedihan kerana kehilangan sesuatu yang dicintai, sesungguhnya tangisanmu yang terus menerus tidak akan dapat mengembalikannya kembali.

Wahai jiwa yang selalu gusar dengan dosa-dosa yang lepas dan merasa tidak terampun, sesungguhnya rahmat Allah itu luas menjangkaui seluruh ciptaan. Kecaplah rahmat tersebut, janganlah engkau terus membuat dosa kerana dosa.

Wahai jiwa yang selalu menyesal dan tidak bertemu jalan kembali, sesungguhnya jalan itu banyak, tinggal lagi engkau harus mencari, melangkah dan berhijrah.

Wahai jiwaku, wahai jiwamu, aku ingin berbicara dengan kalian.

Tuesday, March 27, 2012

Kenapa Saya Susah Sangat Mahu Taat?

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 
"Tidak ada syarat yang harus diletakkan oleh seorang hamba terhadap tuannya dalam melakukan ketaatan dan meninggalkan kemaksiatan."
Kadang-kadang kita berbisik sendirian, "Ya Allah, jika Engkau menunaikan hajatku ini, pastilah aku akan menjadi hamba-Mu yang taat."

Ataupun kadang-kadang hati kita bersuara dengan penuh kesungguhan, "Ya Allah, jika Engkau bantu aku kali ini, pastilah aku tidak akan mengulangi perbuatan maksiatku ini."

Saturday, March 17, 2012

Tenang Tegang Silih Berganti

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Air laut ada ketikanya tenang, ada masa geloranya bisa menghancurkan. Air sungai yang mengalir jernih boleh jadi tiba-tiba menjadi keruh dengan arus yang deras secara tiba-tiba. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa juga bisa bertukar ganas menumbangkan pepohonan. Bumi yang berputar tenangpun bisa bergegar dan menenggelamkan isi perutnya. Unsur-unsur alam ini menjadi tanda bahawa ketenangan dan ketegangan itu sentiasa silih berganti. Itu adalah satu aturan Tuhan yang cukup menakjubkan.

Friday, March 9, 2012

Keaiban Yang Allah Tutup


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 

Kita merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa.

Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kepada orang lain, melainkan jika hati kita sudah sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang sembunyi-sembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita, dan Allah.

Sunday, February 26, 2012

Buat Dosa Kerana Dosa

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Dosa yang kita lakukan saban hari boleh menjadi penghijab kepada Rahmat dan kasih sayang Allah, baik kecil mahupun besar. Dosa kecil jika diremehkan boleh menjadi besar dan dosa besar boleh terhapus dengan taubat nasuha. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada hamba-Nya.

Friday, February 3, 2012

Generasi Muda Islam

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.




Apa yang bakal saya tulis mungkin terlalu idealistik, boleh jadi sukar dihadam oleh para pembaca. Apa yang ingin saya sampaikan bukanlah tentang ungkitan hari semalam, tetapi jangkauan hari esok. Siapa tahu apa akan terjadi pada kita nanti?

Thursday, January 26, 2012

Guru Membentuk Saya Yang Anda Kenal

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Rakan sekelas

Saya yang anda kenal dibentuk oleh guru. Saya yang anda nampak mantap dan hebat dibentuk oleh guru. Saya yang petah berbicara dididik oleh guru. Saya yang melangkah kemas dibimbing oleh guru. Saya yang hidup terpelajar kini semuanya hasil didikan insan-insan mulia bergelar guru. Sesiapa sahaja yang memberi saya pengajaran tentang kehidupan adalah guru bagi saya. Biarpun hanya secebis ilmu yang dikongsikan, atau sepatah kata yang diajarkan.

Thursday, January 12, 2012

Pemilikan Hakiki

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.




لَّهُ مَا في السَّمَاوَاتِ وَمَا في الأَرْضِ
"...kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi..." (Al-Baqarah:255)

لِّلَّهِ ما في السَّمَاواتِ وَمَا في الأَرْضِ
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..." (Al-Baqarah:284)

وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ
"...kepunyaan Allah-lah perbendaharaan langit dan bumi..." (Al-Munafiqun:7)

Berasa bahawa kita memiliki sesuatu secara mutlak akan mengundang kesengsaraan jiwa kerana apa yang ada pada kita itu boleh hilang bila-bila masa. Maka kita tidak akan redha atau berpuas hati dengan sebuah kehilangan, dan akan menjadi tertipu dengan sebuah pemilikan yang sementara.


Friday, December 23, 2011

Kukirimkan Warkah Ini Buatmu Sahabatku


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya.

Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.


Thursday, December 22, 2011

Mencari Sebuah Kesempurnaan

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 
 

Tidak ada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah. Kekurangan adalah sifat makhluk. Kitalah makhluk. Maka kita perlu menerima bahawa kita banyak kekurangan. Tidak mampu kita menjadi sempurna untuk orang lain dan kita juga tidak boleh mengharapkan kesempurnaan orang lain. Jika kita merasakan bahawa kita sudah sempurna, selamanya kita tidak akan pernah memperbaiki kekurangan sendiri atau menerima kekurangan orang lain.

Thursday, December 15, 2011

Manusia Suka Menjadi Hakim

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 

Sedarkah kita? Atau tidak sedar?

Sedarkah kita bahawa kita banyak menghukum berbanding menilai? Kita terlalu cepat memberi pendapat? Kita memberi pendapat dan gembira bila pendapat kita diterima?


Tuesday, December 13, 2011

Dakwah, Tiket Ke Syurga?

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Berikut ialah soalan yang telah diajukan kepada saya berkenaan dakwah. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca.

-----------------------------
 
Soalan:

Assalamualaikum

Bagaimana pula keadaan segelintir orang yang memasuki jemaah dan berasakan itu adalah tiket untuk ke syurga?

Mereka berasakan bahawa mereka adalah golongan yang mulia dan lebih baik daripada orang lain.

Mohon pandangan saudara. Terima kasih.

-----------------------------

Jawapan daripada saya:

Monday, December 12, 2011

Allah Memberikan Apa Yang Kita Perlu

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 

Kita selalu fokus kepada apa yang kita mahu, dan berdoa kepada Allah agar diberikan apa yang kita inginkan. Apabila Allah belum makbulkan, yakinlah bahawa Dia lebih tahu. Sesungguhnya, Dia memberikan kepada kita apa yang kita perlukan, sekalipun kita sering meminta apa yang kita mahukan.