بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
![]() |
| Rakan sekelas |
Saya yang anda kenal dibentuk oleh guru. Saya yang anda nampak mantap dan hebat dibentuk oleh guru. Saya yang petah berbicara dididik oleh guru. Saya yang melangkah kemas dibimbing oleh guru. Saya yang hidup terpelajar kini semuanya hasil didikan insan-insan mulia bergelar guru. Sesiapa sahaja yang memberi saya pengajaran tentang kehidupan adalah guru bagi saya. Biarpun hanya secebis ilmu yang dikongsikan, atau sepatah kata yang diajarkan.
Guru yang paling hebat dalam segenap hidup ini adalah Rasulullah s.a.w. Sejak lahir ke dunia, ibu bapa saya adalah guru yang paling sabar mendidik dan memberi bekal kehidupan. Dalam perjalanan saya melalui kehidupan ini, semakin banyak guru yang muncul dalam hidup. Daripada generasi dahulu sehingga kini. Guru yang mengajar di tadika hingga ke universiti. Saya akan sentiasa menghargai seorang guru, kerana guru membentuk saya yang anda kenal.
Orang yang sombong diri dan takabbur tidak akan menemui mutiara dalam diri seorang guru, sekalipun guru itu terbaik. Orang yang rendah hati, tawadhu’ dan ikhlas akan menemui begitu banyak hikmah dalam diri seorang guru sekalipun hanya sebutir kata yang dipelajari daripadanya.
Guru memainkan peranan penting dalam proses pembentukan diri saya sampai ke hari ini, dan sampailah saya menemui mati. Saya tidak akan sekali-kali memandang rendah pada orang lain kerana boleh jadi padanya ada sesuatu yang lebih dia tahu daripada saya. Suatu hari mungkin dia menjadi guru saya. Apatah lagi jika sememangnya guru itu mengajar saya secara langsung di dalam kelas di sekolah dan universiti, tentulah nilainya begitu tinggi dalam hidup saya dan sepatutnya saya benar-benar menghargai jasanya.
Allah telah memberikan rahmat kepada saya berupa ilmu melalui kalam atau perbuatan guru-guru. Apakah tidak patut saya bersyukur dan berterima kasih?
Kepada semua guru yang pernah memberikan ilmu kepada saya secara langsung atau tidak langsung, janganlah kalian khuatir apakah saya menghargai ilmu kalian, kerana saban hari saya sentiasa berfikir, apakah sudah cukup penghargaan yang saya berikan kepada kalian?
Selagi ilmu yang kalian sampaikan tidak dapat dipulangkan, selagi itulah kalian akan saya hargai. Sememangnya tidak mungkin saya pulangkan ilmu yang telah saya terima. Saya mendoakan kebahagiaan buat semua guru yang ikhlas mendidik anak bangsa, bersungguh mencurahkan ilmu dan tenaga. Sesungguhnya tugas kalian adalah sangat mulia dan moga diganjarkan Syurga!
Buat yang masih hidup semoga berbahagia, yang telah pergi semoga tenang di sana. Saya amat menghargai kalian sampai saya bertemu Tuhan.

Guru,
Padamu tersimpan ilmu yang berkembang
Denganmu terdidik insan yang cemerlang
Daripadamu lahir pewaris yang gemilang
Kau tak pernah berpaling ke belakang
Kerana dirimu adalah pejuang
Guru,
Jangan sekali-kali kau rasa tak dihargai
Kerana aku masih di sini
Mendoakan sepenuh hati
Agar ditetapkan langkah kaki
Dalam kau mencurah ilmu saban hari
Guru,
Ikhlaskan hatimu demi Tuhan
Agar hidupmu tenang dalam keberkatan
Jangan kau lesu mendidik insan
Agar dirimu dikenang dalam kehidupan
Sebagai seorang pahlawan
Jika ada yang berkata padaku:
“Wah, Kau Hebat!”
Akan kukatakan padanya:
“Guru membentuk aku yang kaukenal…”
Terima kasih guru.. Terima kasih...
![]() |
| Guru yang tiada dalam gambar di atas. |
![]() |
| Rakan sekelas sewaktu muda remaja. |
Nota: Gambar guru-guru di tadika, sekolah rendah, dan universiti tiada dalam simpanan penulis. Gambar di atas ialah para guru dan rakan sekelas penulis di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Pulai Chondong, Kelantan. (Karya asal CitaPemuda)
--------------------------------
حسبي الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم

No comments:
Post a Comment