بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Melihat ayam betina Baginda bertelur, Sultan tersenyum. Baginda kemudiannya memanggil pengawal agar mengumumkan kepada rakyat bahawa kerajaan mengadakan sayembara untuk umum. Sayembara itu berupa pertanyaan yang mudah tetapi memerlukan jawapan yang tepat dan masuk akal. Sesiapa yang berjaya menjawab pertanyaan itu akan mendapat imbalan yang amat menggiurkan. Satu pundi penuh wang emas. Tetapi jika gagal, maka hukuman yang menjadi akibatnya.






