Friday, May 27, 2011

To realize the value of TIME

To realize the value of ONE YEAR – Ask a student who has failed his final exam.

To realize the value of ONE MONTH – Ask a mother who has given birth to a premature baby.

To realize the value of ONE WEEK – Ask an editor of a weekly newspaper.

To realize the value of ONE DAY – Ask a daily wage labourer who has ten kids to feed.

To realize the value of ONE HOUR – Ask the lovers who are waiting to meet.

To realize the value of ONE MINUTE – Ask a person who has missed the train.

To realize the value of ONE SECOND – Ask a person who has survived an accident.

To realize the value of ONE MILLISECOND – Ask the person who has won a silver medal in the Olympics.

Treasure every moment that you have! And treasure it more because you share it with someone special. Special enough to have your time..

Thursday, May 26, 2011

Sekian Lama..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Alhamdulillah. Setelah sekian lama tidak menerima teguran, hari ini saya mendapat satu "teguran" yang amat menusuk jiwa. Betapa diri ini tidak lepas daripada melakukan maksiat dan dosa..

Pertama sekali, terima kasih kepada Allah yang menurunkan teguran tersebut. Kedua, terima kasih kepada penegur yang prihatin. Insya-Allah, apa yang buruk itu kita sama-sama perbaiki. Yang elok sama-sama ikuti.

Iman itu kadang-kadang bertambah dan kadang-kadang berkurang. Fenomena yang tidak lepas daripada diri seorang insan tanpa mengira nama dan kedudukan.

Saya tidak pernah meminta untuk menjadi seorang yang sempurna. Tetapi saya amat berharap supaya TIDAK tergolong dalam golongan yang Allah murka. Saya berdoa semoga sahabat-sahabat saya dan penegur itu sendiri tidak diuji seperti kami diuji. Terima kasih lagi sekali. :)

Saya adalah insan biasa. Seorang pelajar, penulis, pendakwah, dan seorang yang memiliki nafsu serta syaitan seperti anda juga. Tipulah kalau saya tidak pernah melakukan kesalahan dan dosa. Cuma saya berharap agar tidak kekal sesat di dalamnya.

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.

Ya Allah,aku pernah terjerumus ke kancah dosa. Tanpa rahmat-Mu, nescaya akan kuasyik dibuai noda dan nista. Bantulah aku ya Allah supaya tidak jatuh buat kedua kalinya.

Berani menegakkan keadilan walaupun mengenai diri sendiri ialah puncak segala keberanian. [Hamka]

Tuesday, April 19, 2011

Allah Knows Best

Allah Knows Best
----------------
 
Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain

We always want the laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear

Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow

For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form

Allah tests us often
And for every pain He gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich again

So whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit's strong

Thursday, April 14, 2011

Thabat Pada Jalan-Nya

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Ketahuilah, sesungguhnya amat mudah untuk melakukan amalan soleh dan meninggalkan maksiat.


Kenapa mudah?

Kerana untuk terus iltizam dan tetap dalam ketaatan adalah lebih payah, amat berat, susah untuk dilaksanakan, dan berhajat kepada keazaman yang tinggi serta keimanan yang teguh.

Thabat (teguh dan tetap) ialah satu unsur yang sangat penting dan amat diperlukan khasnya kepada pendakwah untuk terus istiqamah pada ketaatan, kebenaran, meninggalkan maksiat, dan terus menerus mempertahankan agama Allah s.w.t.

Ada beberapa contoh keadaan yang boleh menyebabkan hilangnya thabat dalam diri pendakwah dan individu muslim.

Pertama:
Seorang yang bersemangat untuk beriltizam dengan agama dan amalan soleh, tetapi semangat dan hajat hamba Allah s.w.t. ini tiba-tiba terbantut.

Apakah penyebabnya?

Saturday, April 2, 2011

Dakwah Itu Indah

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.




Ayat ini biasa kita dengar. Iaitu ayat berkenaan dakwah Islamiah. Merupakan dasar dan konsep dakwah dalam Islam. Sangat berkait rapat dengan tanggungjawab dan tugas umat Islam pada hari ini.

Dahulu, ayat ini Allah s.w.t. tujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Namun, mengikut Said Hawwa, sekarang ayat tersebut ditujukan kepada setiap individu dalam masyarakat muslim. Dalam erti kata lain, kepada seluruh umat Islam. Mengajak supaya berdakwah pada jalan Allah s.w.t.

Ini bermaksud, dakwah ini bukan hanya terhad kepada jemaah dakwah sahaja yang patut berdakwah. Bukan hanya kena pada ustaz, lebai, dan tuan guru. Bahkan diwajibkan kepada semua orang Islam. Wajib melaksanakan tugas dakwah menyeru manusia menunaikan titah perintah Allah s.w.t.


APAKAH ITU DAKWAH?