Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Insya-Allah, selang beberapa hari lagi Ramadhan akan berkunjung kembali. Saya termenung memikirkan amalan-amalan saya pada Ramadhan yang sudah. Bagaimana pula dengan yang bakal menjelma? Saya percaya fenomena ini tidak hanya berlaku pada diri saya.
Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua himpunan doa harian bagi setiap hari dalam bulan Ramadhan. Jika ditanya adakah saya sudah mengamalkannya? Jawapan saya, saya hanya insan biasa. Tidak lekang daripada sifat lupa.
p/s: Asal perkataan manusia diambil daripada kalimah arab الناس iaitu pecahan kata daripada نسي yang bermaksud lupa. Manusia juga dinamakan البشر iaitu pecahan kata daripada بشر yang maksud umumnya merujuk kepada sesuatu yang mempunyai perasaan.
Sesiapa yang berminat untuk dapatkan Himpunan Doa Harian Ramadhan, sila klik pautan di bawah. Semoga amalan kita pada Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang terdahulu.
Pautan untuk muat turun:
Himpunan Doa Harian Ramadhan (Dwi Bahasa)
Sekian, baarakallahu fiih...
اللهم قد أظلنا شهر رمضان وحضر فسلمه لنا وسلمنا له وارزقنا صيامه وقيامه وارزقنا الجد والاجتهاد والقوه والنشاط وأعدنا فيه من الفتن
"Ya Allah.. Sesungguhnya telah tiba Ramadhan untuk kali ini, maka Engkau serahkanlah bulan yang mulia itu kepada kami dan serahkan kami kepadanya. Kurniakanlah kami peluang untuk berpuasa di siangnya dan memakmurkan malam-malamnya. Anugerahilah kami dengan kesungguhan, kecekalan, kekuatan, dan ketekunan di samping jauhkanlah kami daripada segala fitnah yang melanda."
Sekian, baarakallahu fiih...
