بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Oleh: Aidil Heryana, S.Sosi
Sumber: dakwatuna.com
Sumber: dakwatuna.com
Sahabatku, kita punya cara untuk mengenang orang paling mulia di dunia, Nabi Muhammad s.a.w. Catatan ringkas ini semoga menjadi renungan buat kita. Berteladan kepada Nabi s.a.w. Dia sejatinya uswah, pasti tidak akan membuat kita kecewa!
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Nabi s.a.w. menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda s.a.w. juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila belum tersaji makanan kerana masih dimasak, sambil tersenyum baginda s.a.w. menyingsingkan lengan baju untuk membantu isteri baginda s.a.w. di dapur. Aisyah r.a. menceritakan bahawa kalau Nabi s.a.w. berada di rumah, baginda s.a.w. selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, baginda s.a.w. cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudahnya.
4) Pernah baginda s.a.w. pulang menjelang pagi hari. Tentulah baginda s.a.w. teramat lapar waktu itu. Namun dilihatnya tiada apa pun yang tersedia untuk sarapan. Bahkan bahan mentah pun tidak ada kerana ‘Aisyah r.a. belum ke pasar. Maka Nabi s.a.w. bertanya, “Belum ada sarapan ya Humaira?” Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah s.a.w. lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda s.a.w.
5) Sebaliknya Nabi s.a.w. sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah s.a.w. menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas lelaki itu menjawab dengan gementar, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap membangkang juga, jadi aku pukul dia.” Jelas lelaki itu.
“Aku tidak bertanya alasanmu.” Sahut Nabi s.a.w.
“Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”
6) Kemudian Nabi s.a.w. bersabda, “Sebaik-baik suami adalah yang paling baik, kasih dan lemah-lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar, dan tawadhu’nya beliau s.a.w. dalam posisinya sebagai kepala keluarga langsung tidak sedikitpun mengubah kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika Nabi s.a.w. menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan Nabi s.a.w. antara satu rukun ke rukun yang lain agak lambat dan terlihat sukar sekali. Mereka juga mendengar bunyi gemeretak seakan sendi-sendi di tubuh Nabi s.a.w. mulia itu bergeser antara satu dengan yang lain. Lalu Umar r.a. tidak tahan melihat keadaan Nabi s.a.w. yang seperti itu langsung bertanya setelah solat.
“Ya Rasulullah, kami melihat sepertinya engkau menanggung penderitaan yang amat berat. Sakitkah engkau ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat wal ‘afiat.”
“Ya Rasulullah.. Mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar suara gemeretak pada sendi-sendi tulangmu? Kami yakin engkau sedang sakit..” Desak Umar r.a. penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah s.a.w. mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Ternyata perut beliau yang kempis, kelihatan dililit sehelai kain yang berisi batu kerikil, untuk menahan rasa lapar beliau. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi gemeretak setiap kali bergeraknya tubuh beliau.
“Ya Rasulullah! Apakah saat engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kemudian kami tidak akan mengusahakannya buat engkau?’
Lalu Nabi s.a.w. menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umatnya? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”
8) Nabi s.a.w. pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin, dan kotor.
9) Baginda s.a.w. hanya diam dan bersabar ketika kain serbannya ditarik dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH s.w.t. dan rasa penghambaan yang sudah menghunjam dalam diri Rasulullah s.a.w. menolak sama sekali rasa ingin diistimewakan (dipertuan).
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuk baginda s.a.w. merasa lebih dari yang lain, ketika di depan keramaian (publik) mahupun saat seorang diri.
12) Pintu Syurga terbuka seluas-luasnya untuk Nabi s.a.w., namun beliau masih tetap berdiri di sepinya malam, terus-menerus beribadah hingga pernah beliau s.a.w. terjatuh lantaran kakinya bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh ‘Aisyah r.a., “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?” Jawab baginda s.a.w. dengan lembut, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

No comments:
Post a Comment