Saturday, January 21, 2012

Diuji Dengan Apa Yang Ditulis dan Diucap

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Sumber Gambar

Saya sering diuji dengan apa yang saya tulis dan ucapkan. Sering kali apa yang saya tulis, cakap, atau ajar berlaku pada diri saya sendiri. Sehingga pernah sampai ke satu tahap membuatkan saya takut untuk menulis. Takut untuk mengajar. Risau. Kalau-kalau apa yang saya lontarkan akan kembali menimpa dan menguji diri saya.

“Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!”

Kadang² saya sendiri rasa pelik saat saya membaca kembali tulisan² saya. Bukan sebagai rujukan untuk menulis atau mengajar, tetapi ditatap pada waktu tersunyi dalam hidup untuk bermuhasabah dan menghukum kealpaan diri. Ah, kiranya semua yang pernah saya tulis mampu saya amalkan, alangkah indahnya. Cuma saya terus berharap dan berdoa. Kita tidak akan mengalah walaupun sering kalah.

Saya berharap agar diri ini juga terdidik dengan hasil tulisan sendiri. Pada saya, seorang pendakwah ialah jambatan kepada orang lain untuk mendapat hidayah. Justeru, apa salahnya jika jambatan itu dilalui oleh dirinya sendiri.

Saya juga seperti saudara saudari. Ada kalanya kelelahan dengan ujian hidup yang bertali arus. Satu demi satu. Namun, Allah s.w.t. telah lama mengingatkan kita melalui al-Quran bahawa mati dan hidup dijadikan untuk menguji kita siapakah yang terbaik amalannya.

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" [67:2]



--------------------------------
حسبي الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم

5 comments:

zinnirah said...

subhanallah, susah nak berjumpa dgn org seperti ini...moga penulis blog ini tidak henti meneruskan dakwah...insyaallah..

KhadimulQuran said...

Semoga saudari pun sama. :)

Anonymous said...

secara serius saya juga melalui pengalaman sama,apa yg diucap akan diuji,malahan saya pernah tertewas dgn ujian tersebut dan sgt menyesal,sila beri tunjuk ajar untuk atasinya dan doakan saya,smoga ALLAH mewajibkan syurga untuk penulis

Anonymous said...

saya juga pernah melaui pengalaman sama,diuji ape yg telah diperkatakan dan ditazkirahkan,sehingga saya pernah tewas dalam ujian itu,pohon berikan saya nasihat untuk tidak lagi tewas dan minta doakan saya.

Optimis said...

Ujian mematangkan manusia dan apabila berjaya melepasi sesuatu ujian, kita akan berubah kepada tingkatan kehidupan yang lebih tinggi.

Ujian tanda Allah sayang pada hambaNya. Siapalah kita untuk meminta dihidupkan tanpa ujian.. Kita hambaNya. Kita layak untuk dibuat apa-apa sahaja oleh Allah Taala.

Semoga saudara terus diberi kekuatan untuk berdakwah di arena penulisan ini. Salam juang!! :)