Tuesday, July 30, 2013

Ujian Dan Manusia Tidak Dapat Dipisahkan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
 

Kita sebagai manusia, selalu asyik mengejar apa sahaja yang diajukan oleh kehendak kita. Dalam masa yang sama, kita lupa segala nikmat dan rahmat yang Tuhan telah kurniakan kepada kita. Bagi yang mempunyai mata, Allah suruh kita guna untuk melihat perkara yang baik-baik, membaca benda yang elok-elok, menambah pahala dengan memandang pada apa yang Allah suka.

Saturday, July 27, 2013

Menerima Hakikat Diri

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
 

Kita adalah manusia yang bersifat lemah, penuh dengan kekurangan-kekurangan. Seandainya Allah memaparkan segala kelemahan kita di hadapan manusia, nescaya kita tak akan mampu bertemu dengan mereka kerana malu yang tak tertanggung. Allah yang Maha Penyayang menutup kelemahan-kelemahan kita. Kita amat berharap Allah mengampuni segala kesalahan kita dan menutupnya juga di hari kebangkitan.


Saturday, February 9, 2013

Benarkah Wanita Memiliki 1 Akal dan 9 Nafsu?

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.


 

Sejak sekian lama masyarakat Islam di negara kita sentiasa terdedah dengan perkara yang pelik lagi menarik. Manusia memang berminat untuk mengetahui, mengeluar dan menyebarkan cerita-cerita yang karut, sama ada secara lisan, tulisan, filem atau apa saja.

Cerita bahawa kaum lelaki memiliki 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan pula sebaliknya, iaitu 1 akal dan 9 nafsu memang amat masyhur sekali dalam kalangan kita.

Saturday, October 27, 2012

Menanam Kemahuan Yang Kuat

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Peringatan daripada Allah cukup sempurna dan lengkap, tinggal lagi kita yang tidak mahu memerhatikan dan mendekati kebenaran yang diturunkan. Apabila diajak untuk bersama-sama memerhatikan dan mengambil pelajaran, ada golongan yang enggan dan tidak mahu. Adakah kita termasuk dalam golongan itu?

Ada pula suara-suara yang berbunyi di belakang, "aku bukan taknak kebaikan ini, tetapi ustaz-ustaz yang aku jumpa semua tak berkaliber, tak mencapai tahap guru yang aku harapkan."

Tak kurang ada yang berbunyi,

"Kalau mereka ajak aku sungguh-sungguh, sudah tentu aku nak ikut",

"Malaslah aku nak sertai kumpulan-kumpulan baik ini, aku tak layak. Nantilah, bila ada orang yang sesuai dengan aku, aku ikutlah."


Sunday, May 13, 2012

Wanita Tua Yang Hanya Berbicara Menggunakan al-Quran


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
 
Ilustrasi ini hanyalah sekadar hiasan.

Berkata Abdullah bin Mubarak r.a.:

Saya berangkat menunaikan haji ke Baitullah al-Haram dan menziarahi makam Rasulullah s.a.w. Ketika saya berada di sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesusuk tubuh yang berpakaian hitam yang diperbuat daripada bulu. Ia adalah seorang perempuan tua.

Saya berhenti sejenak dan memberi salam kepadanya. Maka, terjadilah dialog dengan wanita tersebut selama beberapa ketika.

Dalam dialog tersebut, wanita tua itu menjawab dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran terhadap setiap pertanyaan saya (Abdullah bin Mubarak).


**Berikut ialah dialog antara dua hamba Allah di atas.**