Friday, February 25, 2011

Uswatuna Muhammad s.a.w.

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Oleh: Aidil Heryana, S.Sosi
Sumber: dakwatuna.com

Sahabatku, kita punya cara untuk mengenang orang paling mulia di dunia, Nabi Muhammad s.a.w. Catatan ringkas ini semoga menjadi renungan buat kita. Berteladan kepada Nabi s.a.w. Dia sejatinya uswah, pasti tidak akan membuat kita kecewa!

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Nabi
s.a.w. menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda s.a.w. juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila belum tersaji makanan kerana masih dimasak, sambil tersenyum baginda
s.a.w. menyingsingkan lengan baju untuk membantu isteri baginda s.a.w. di dapur. Aisyah r.a. menceritakan bahawa kalau Nabi s.a.w. berada di rumah, baginda s.a.w. selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, baginda
s.a.w. cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudahnya.

Wednesday, January 12, 2011

Seputar Imtihan

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Assalamualaikum.

Imtihan kembali berkunjung. Sana sini terzahir pelbagai ragam mahasiswa. Status “doakan aku” dan seumpama dengannya terbit bagai kunang-kunang malam yang terbang tanpa tujuan. Tidak kurang juga yang kembali ingat kepada Allah setelah sekian lama memutuskan hubungan dengan-Nya. Syukur. Alhamdulillah. Walaupun hanya pada saat yang getir sahaja Allah didamba, itu lebih baik daripada terus alpa dengan hiburan nestapa. Namun, sudah semestinya istiqamah dalam kebaikan itu paling baik pada setiap agenda. 

Saya juga tidak terkecuali. Nilai pahala yang tidak mampu menandingi saham dosa. Sering terjerumus ke lembah durjana.
"Ya Allah, harapanku pada-Mu tidak akan putus meskipun aku melakukan maksiat pada-Mu. Begitu juga kecemasanku (pada seksa azab-Mu) tidak akan sirna walaupun aku mentaati-Mu."
“Sesungguhnya hati yang tertutup dengan dosa adalah seperti cermin yang ditutupi karat dan bintik hitam. Apabila kamu memikirkan suatu urusan akhirat, maka kamu tidak akan melihatnya pada hati yang kotor. Jika kamu membersihkan hatimu dengan meninggalkan dosa-dosa, maka hatimu menjadi cermin yang bening.” [Imam al-Hakim al-Tirmidzi r.a.]
Imtihan bagi Kuliah al-Quran pada tahun ini dibahagi kepada dua bahagian masa. Tahun 1 bersama tahun 3, dan tahun 2 bersama tahun 4. Tahun ini juga merupakan julung-julung kali lokasi peperiksaan berjaya dipusatkan. Tiada lagi menumpang di bangunan Kuliah Usuluddin.
 

Tuesday, December 21, 2010

Nasyid Kanak-kanak : عند الفجر

 بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 
------------------------
 
عِنْدَ الْفَجْرِ كُنْتُ أُصَلِّي
Pada suatu pagi aku sedang sembahyang
 
أُصَلِّي للهِ تَعَالَى
Aku sembahyang kerana Allah Ta'ala
 
أَذْكُرُ شَوْقاً اسْمَ اللهِ
Kusebut dengan penuh kerinduan nama Allah
 
حُباًًّ إِكْرَاماً إِجْلاَلاً
Dengan penuh kecintaan, kemuliaan, dan penyanjungan



 

Monday, November 22, 2010

Carilah Keberkatan Dalam Setiap Pergerakan Harian

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Keberkatan. Apakah itu keberkatan? Bagaimanakah cara untuk mendapatkan keberkatan tersebut?

Keberkatan ialah suatu perkara yang sering disebut oleh Allah s.w.t. dan kerap digandingkan dengan ketaqwaan.


Firman Allah s.w.t. dalam surah al-A’raaf, ayat 96:

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Ertinya, keberkatan dan ketaqwaan amat sinonim serta saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Iaitu, taqwa dapat mengundang keberkatan dari Allah s.w.t.

Menurut Imam Raghib al-Asfahani dalam kitab beliau المفردات , ba+ra+ka “برك” dari sudut Bahasa Arab merujuk kepada ja+la+sa “جلس” iaitu duduk.

Contoh: بَرَكَةِ الإِبِل – Duduk unta tersebut.

Monday, November 8, 2010

أستغفر الله من الخطايا

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga kupanjatkan kepada-Mu wahai Tuhanku. Syukur kerana Engkau menentukan kelahiranku dalam sebuah keluarga yang amat aku cintai sekarang. Syukur kerana Engkau menjadikan aku anak Ummi Ayahku. Alhamdulillah. Tiada lafaz lain yang mampu kuungkap melainkan alhamdulillah.

Dalam ribut perasaan, aku berperang dengan hati dan nafsu. Aku berbincang dengan impian. Aku menyelam ke dasar dua warisan (al-Quran dan Sunnah). Mencari mutiara ilham. Menjejaki langkah berzaman. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dan alhamdulillah.

Ummi, terima kasih. Intipati kalammu amat menusuk sanubariku. Walaupun perit, itulah penawar.

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صِغَارًا

-------------------------

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited."

"You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."


-------------------------

Akhir kalam, salam buat semua!