بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Ketahuilah, sesungguhnya amat mudah untuk melakukan amalan soleh dan meninggalkan maksiat.
Kenapa mudah?
Kerana untuk terus iltizam dan tetap dalam ketaatan adalah lebih payah, amat berat, susah untuk dilaksanakan, dan berhajat kepada keazaman yang tinggi serta keimanan yang teguh.
Thabat (teguh dan tetap) ialah satu unsur yang sangat penting dan amat diperlukan khasnya kepada pendakwah untuk terus istiqamah pada ketaatan, kebenaran, meninggalkan maksiat, dan terus menerus mempertahankan agama Allah s.w.t.
Ada beberapa contoh keadaan yang boleh menyebabkan hilangnya thabat dalam diri pendakwah dan individu muslim.
Pertama:
Seorang yang bersemangat untuk beriltizam dengan agama dan amalan soleh, tetapi semangat dan hajat hamba Allah s.w.t. ini tiba-tiba terbantut.
Apakah penyebabnya?
